Sebagai muqaddimah untuk entri pada kali ini, saya ingin mengajak anda untuk bermuhasabah sebentar sambil ditemani dengan musik di atas ini. Saya sangat menggalakkan untuk anda pergi ke tempat yang tiada orang, yang sunyi dan sesuai untuk menenangkan perasaan, hati serta fikiran anda. Duduk dengan tenang dan tutuplah mata anda. Ambillah sebanyak mana masa yang anda inginkan dan jangan tergopoh-gapah kerana bukan senang untuk mendapatkan masa yang berkualiti dan lapang untuk bermuhasabah diri, lebih-lebih lagi untuk kita ini yang sentiasa sibuk dengan hal-hal duniawi. Gunakanlah masa ini untuk menyelami diri dan hati anda. Cuba imbas semula apa yang kita telah tinggalkan dan apa yang kita tengah buat yang menyebabkan kita dilanda pelbagai masalah dan tekanan dalam hidup. Kemudian, fikirkanlah akan status kita di bumi Allah ini. Siapa kita? Apa yang kita dah lakukan? Pejamkan mata dan cuba untuk mencari mood muhasabah dalam diri masing-masing sambil berfikir sejenak dengan ditemani alunan merdu musik ini. Saya sangat menggalakan anda untuk lakukan muhasabah ini terlebih dahulu sebelum meneruskan pembacaan kerana langkah ini akan membantu anda untuk lebih memahami isi kandungan entri pada kali ini. Selamat bermuhasabah. Pejamkan mata anda dan tenangkan diri anda dan hayati musiknya.
Alhamdulillah, sudah selesai? Sekiranya memerlukan masa lebih, silakan untuk terus bermuhasabah.
Baik, bagaimana perasaan anda sekarang? Apakah ianya semakin baik ataupun hanya terasa seperti biasa?

Pernah tak, anda berasa kehilangan sesuatu dalam diri anda atau lebih spesifik dalam jiwa anda? Bukan hilang kekasih atau hilang kawan, tetapi perasaan ini seolah-olah anda tidak kenal kepada diri anda sendiri. Sebuah perasaan yang menyebabkan anda berasa kehilangan sesuatu dalam diri anda namun anda tidak tahu apa yang sebenarnya telah hilang. Perasaan yang membuatkan anda mempersoalkan segala tindakan mahupun perkara yang berlaku pada diri anda dan keadaan sekeliling anda. Anda diserbu dengan 1001 persoalan secara tiba-tiba membuatkan diri anda tidak tenang dan diserang pelbagai kerisauan. Anda mula untuk menyendiri dan menjauhi kelompok rakan-rakan anda atau mungkin anda masih lagi berada dalam kelompok tersebut tetapi anda berasa kosong persis seperti sebuah paradoks bahasa iaitu umpama aku bersendirian di tengah kesibukan orang. Anda mula menjadi lesu dan tidak berdaya dalam membuat aktiviti yang dahulunya anda amat sukai. Apabila rakan-rakan anda mula bertanyakan keadaan anda, anda mula untuk mengelak daripada berkongsi masalah ini ataupun anda mampu untuk berkongsi masalah tersebut tetapi rakan anda buat tidak tahu untuk membantu menyebabkan anda semakin kosong.
Ketahuilah yang simptom di atas ini menunjukkan yang anda sebenarnya tengah berada dalam episod kekosongan hidup. Persoalan mungkin akan timbul, apa yang dimaksudkan dengan "kekosongan" itu? Sebenarnya, ini adalah perkataan yang saya gunakan untuk menggantikan perkataan "depression". Saya menggunakan perkataan kekosongan ini kerana perkataan ini sendiri menggambarkan diri kita sewaktu dalam keadaan yang seolah-olah tiada apa-apa dalam jiwa kita. Malahan, ada sesetengah orang tidak ingin mengaku yang dia tengah berada dalam keadaan depression kerana perkataan depression tu sendiri membawa satu makna yang negatif dalam diri mereka. Oleh sebab itu, saya menggunakan perkataan "kosong" kerana perkataan ini tidak akan membawa kepada kesan negatif kepada seseorang kerana perkataan ini sendiri boleh menceritakan keadaan sebenar seseorang itu.
Sebelum kita pergi jauh ayuh kita fahamkan dahulu maksud depression mengikut kajian doktor-doktor perubatan dalam bidang psychology :
"Depression (major depressive disorder) is a common and serious medical illness that negatively affects how you feel, the way you think and how you act. Fortunately, it is also treatable. Depression causes feelings of sadness and/or a loss of interest in activities once enjoyed. It can lead to a variety of emotional and physical problems and can decrease a person’s ability to function at work and at home."
Namun begitu, entri saya pada kali ini bukanlah untuk menceritakan berkenaan bagaimana untuk mengatasi depression ini menggunakan kaedah saintifik seperti dalam bidang seorang doktor perubatan. Tetapi, inshaa Allah entri pada kali ini, saya akan cuba untuk kongsikan bagaimana untuk menangani masalah ini dari sudut dalaman atau kerohanian iaitu lebih tertumpu kepada hati dan pemikiran kerana perkara ini akan membawa kesan yang negatif kepada hati dan pemikiran sekiranya tidak ditangani dengan cepat. Oleh itu, saya akan membawa anda ke alam perubatan hati dan pemikiran. Semoga dengan ini, inshaa Allah dapatlah membantu anda untuk mengurangkan beban tersebut ataupun anda dapat menggunakan ilmu ini untuk membantu rakan-rakan yang lain yang tengah menghadapinya.
Baiklah, saya mulakan dengan sedikit pendedahan kepada cara penyelesaian masalah dalam dunia kejuruteraan. Apabila sekumpulan jurutera menghadapi sesuatu masalah dalam projek, mereka akan mula menyelesaikan masalah dengan mengambil langkah pertama iaitu mencari punca kepada masalah tersebut terlebih dahulu sebelum mengaplikasikan solusi-solusi yang sepatutnya. Begitu juga dengan entri saya pada kali ini, saya akan mulakan dengan mengajak anda untuk memuhasabahkan diri seperti yang saya nyatakan dalam muqaddimah untuk entri ini. Muhasabah diri merupakan satu kaedah yang sangat berkesan untuk anda mencari dan menyelidik semula semua kesalahan-kesalahan yang anda permah lakukan. Dengan bermuhasabah ini, anda akan mampu membuat "Check and balance" terhadap kehidupan anda. Mungkin pada awalnya anda akan mengalami sedikit kesusahan dan kepayahaan disebabkan tidak biasa dengan cara ini namun percayalah, anda sangat memerlukan kaedah ini untuk mencari punca kekosongan itu.
Antara soalan yang saya sangat suka tanyakan kepada diri saya sendiri semasa sesi muhasabah adalah apa yang berlaku dengan hidupku? Di mana aku berada sekarang? Bagaimana hubunganku dengan keluarga, kawan-kawan dan umumnya kepada manusia? Dan yang akhir sekali saya suka bertanya akan hubungan saya dengan Tuhan Pencipta Alam? Sekiranya kali pertama anda tidak berasakan apa-apa perasaan, tolong dan jangan berhenti untuk berusaha mencuba lagi. Inshaa Allah di satu saat nanti anda akan merasai kehangatan air mata yang jatuh di pipi anda dan rasa kasih dan sayang dalam hati anda. Pada waktu inilah anda akan menemui punca sebenar kenapa anda rasa kosong. Muhasabah adalah satu senjata yang ampuh untuk mengenali diri, keistimewaan anda malahan ramai golongan-golongan yang berjaya menjadikan masa ini untuk berfikir dalam-dalam berkenaan diri, dan mengenal kekuatan dan kelemahan diri. Inshaa Allah, langkah ini bukan sahaja akan membantu anda mencari punca masalah malahan akan banyak memberi kesedaran kepada kita semua.
Langkah seterusnya adalah bertaubat dan menunaikan segala apa yang wajib untuk anda tunaikan. Jagalah semula hubungan anda kepada yang maha Esa kerana Dia lah yang menurunkan ujian ini untuk menegur kita, untuk menguji kita semasa dalam kesusahan begini kepada siapa kita meminta pertolongan di saat tiada siapa yang mampu membantu? Adakah kepada Allah atau manusia? Terkadang, ramai orang tahu akan kepentingan langkah ini namun mereka menganggap langkah ini hanyalah langkah sampingan sahaja. Sungguh, apabila kita mula meninggalkan langkah yang kedua ini, saya yakin dan percaya hati yang kosong itu akan dipenuhi dengan gejala sia-sia dan tunggu lah di akhirnya anda akan merasai satu penyakit yang tiada ubatnya di dunia ini kecuali dengan memohon kepada Allah SWT. Terkadang ramai yang menjadikan alasan kesibukan dengan kerja, keluarga dan pelbagai lagi sehingga kita tidak mempunyai masa untuk untuk diluangkan sebentar khas untuk Pencipta kita. Mungkin ada yang berkata "ala, aku dah solat lima waktu tu cukuplah kot, aku sibuk, aku penat, aku stress lah nak buat. Lebih baik aku tidur dan berehat", semata-mata untuk mengelak daripada menambahkan amalan lain. Sungguh, semakin kita beralasan semakin itu jugalah kita akan diberi ujian yang pada hakikatnya untuk menyedarkan kita daripada tidur yang terlalu lena. Saya memberi jaminan yang langkah ini adalah untuk menguatkan semula hati anda yang berada dalam kondisi lemah disebabkan kekosongan yang berlaku. Pada saat beginilah penting untuk kita menguatkan dan mengisi semula kekosongan itu dengan nama Allah dan Rasul Nya.
Langkah terakhir adalah dengan memperbaiki semula hubungan anda bersama rakan-rakan mahupun keluarga dengan erti kata mudah iaitu menjaga hubungan kepada sesama manusia. Apabila anda dilanda kekosongan ini, anda akan mula untuk menjauhkan diri anda daripada kawan-kawan dan keluarga disebabkan anda terlalu sensitif pada ketika ini. Semakin anda menjauhi kelompok manusia, semakin teruklah kondisi anda. Hubungan sesama manusia sangat penting untuk menjamin kewarasan dan kemampanan kita berfikir. Malahan hubungan ini juga mampu untuk membantu kita mendapatkan semula semangat untuk memulihkan hati yang dilanda keresahan. Namun begitu, cabaran yang paling susah untuk ditangani adalah untuk menjadi seorang yang terbuka, yang senang untuk menerima nasihat dan teguran. Buang dan rendahkan ego anda untuk mendapatkan bantuan daripada orang lain.
Tiga langkah yang mudah untuk diceritakan tetapi adakah anda mampu untuk mengaplikasikannya? Mampukah anda untuk mengorbankan masa yang bernilai untuk anda semata-mata untuk bermuhasabah? Mampukah anda untuk bangkit di tengah malam untuk mencari redha dan kemaafan daripada sang Pencipta? Dan mampukah anda untuk menurunkan ego anda untuk menerima teguran dan nasihat daripada orang yang mungkin tiada apa-apa di mata anda? Jangan jawab menggunakan akal fikiran tetapi jawablah dengan usaha yang sewajarnya diambil oleh orang yang ingin berubah.
Langkah-langkah yang saya kongsikan ini adalah sangat asas dan sangat mudah tetapi sangat berat yang mana mampu membina sebuah asas yang kukuh dalam diri anda. Ingatlah sekiranya kita dilanda kesusahan dan ujian, ujian itu adalah petanda yang Allah merindui kita untuk menitiskan air mata semata-mata kerana Nya. Hati yang kosong kalau diisi dengan perkara sia-sia sudah pasti akan menyebabkan kehidupan yang sia-sia, tetapi hati yang diisi dengan kepercayaan kepada Allah SWT sudah pasti akan membentuk kehidupan yang lebih bahagia. Tiga langkah yang nampak mudah tetapi merangkumi pelbagai rahsia kekuatan untuk diri, cuba untuk melihat dari sudut yang berbeza inshaa Allah saya yakin anda mampu melihat satu perkara yang akan memberi impak yang positif dalam diri anda. Ayuh kita cuba amalkan bermula pada hari ini untuk menguatkan diri dan keimanan kita. Allah berfirman dalam surah Al-Ra'd ayat yang ke 11 yang bermaksud ;

" Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri"
Anda bijak dan anda mampu mengubahnya. Jumpa lagi di entri yang seterusnya dan selamat membaca.